Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya.<br /><br />Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (C) kanun keseksaan ke atas tertuduh yang berusia 50 tahun.